Jurulatih Kelantan United Dihantar Ke Eropah
Dunia
Kelantan United FC
Advertisements

Kelantan United terus berusaha memantapkan pasukan bukan saja dari segi pemain tetapi dari segi barisan kejurulatihannya. Atas sebab itu, dua penolong jurulatih Kijang Hijau iaitu Tengku Hazman Raja Hassan dan Nazrulerwan Makmor dihantar ke Eropah selama tiga minggu.

Kedua-duanya akan berada di Hungary dan Croatia selama tempoh itu sebagai rangka tugasan mereka untuk mendapatkan lesen kejurulatihan AFC Pro Diploma.

Ini merupakan satu peluang yang hebat buat dua bekas pemain Selangor itu. Ini kerana selain melengkapkan tugasan lesen kejurulatihan mereka, ini juga peluang untuk menimba pengalaman dan pengetahuan bola sepak di dua negara yang dinyatakan.

Advertisements

Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sudah pastinya akan membantu jurulatih Tomas Trucha merangka strategi ampuh mendepani saingan Liga Super musim 2023.

Tengku Hazman dan Nazrulerwan dijangka pulang ke tanah air pada 25 Februari. Ini membolehkan mereka dapat menyertai barisan kejurulatihan Kelantan United untuk perlawanan pertama Liga Super menentang Selangor yang diadakan sehari selepas itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram