Jurulatih Kuching City Ditimpa Kemalangan
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Tatkala Kuching City dapat bernafas semula selepas meraih satu mata dengan KL City minggu lepas, pasukan itu menerima khabar duka hari ini. Ini selepas jurulatih mereka, Irfan Bakti Abu Salim ditimpa kemalangan jalan raya.

Berdasarkan kenyataan rasmi Il Gatto, Irfan mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari masjid. Ini mengakibatkan beliau mengalami kecederaan dan memerlukan bekas pengendali Terengganu itu menjalani pembedahan.

Irfan telah selamat menjalani pembedahan hari ini dan dilaporkan berada dalam keadaan baik. Justeru, Kuching City meminta para penyokong mendoakan kesejahteraan beliau.

Advertisements

“Untuk makluman Coach Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.

“Beliau telah selamat menjalani pembedahan hari ini dan berada dalam keadaan baik. Sama-sama kita doakan kesembuhan buat Coach Irfan Bakti agar pulih segera. Syafakallah. Get well soon, Coach!” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi kelab.

Di media sosial, ramai pengguna mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali mengendali pasukan. Ketika ini, Kuching City menduduki tangga ke-12 liga dengan lima mata.

Advertisements

Untuk aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan pada 4 Jun ini, ramai menjangkakan penolong jurulatih, Sulaiman Hussin akan memainkan peranan sebagai pemangku jurulatih sementara Irfan menjalani proses pemulihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram