Jurulatih Ini Mahu Anak Muda Jadikan Syafiq Ahmad Dan Darren Lok Sebagai Contoh
Dunia
Khairul / Makanbola
Advertisements

Malaysia sudah pun layak ke Piala Asia 2023 yang sekali gus menamatkan penantian selama 42 tahun untuk ke kejohanan berprestij Asia itu secara merit.

Disebalik kejayaan Malaysia itu, pujian harus diberikan kepada para pemain dan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yang membawa kelainan dalam corak permainan sepanjang aksi kelayakan yang tamat tempoh hari.

Kesungguhan dua penyerang negara, Syafiq Ahmad dan Darren Lok dalam mencari gol telah menarik perhatian seorang jurulatih bola sepak, Shazwan Wong.

Advertisements

Shazwan melihat kesungguhan yang ditampilkan oleh kedua-dua penyerang Malaysia ini wajar dijadikan contoh oleh anak-anak muda. Syafiq dan Darren sentiasa memberikan segalanya apabila berada di atas padang.

Dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia menentang Bangladesh tempoh hari, kedua-dua penyerang ini masing-masing berjaya mencetak satu gol sekali gus memberikan kemenangan besar 4-1 menewaskan Bangladesh.

Untuk rekod, Darren merupakan pemain yang ‘regular’ beraksi di posisi penyerang buat pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) dan beliau sudah mencetak 7 gol daripada 9 penampilan dalam semua pertandingan.

Advertisements

Manakala buat Syafiq Ahmad pula, pemain ini melalui proses pinjaman yang berjaya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Untuk musim ini, beliau sudah diturunkan dalam 7 penampilan Liga Super. Beliau berjaya mencetak dua gol dan menyumbang 4 bantuan gol. Syafiq kini kembali ke pangkuan pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas 6 bulan dipinjamkan ke Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram