Jurulatih Qatar ‘Intai’ Bakat Muda Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih pasukan Qatar kini mula memberi tumpuan terhadap kemampuan pasukan muda Malaysia yang berjaya melangkah ke Piala Asia Bawah 17 tahun.

Pasukan kendalian Osmera Omaro muncul selaku juara Kumpulan B selepas berjaya memperoleh tiga kemenangan dan juga satu seri untuk mengesahkan kemaraan.

Keputusan memberangsangkan ini telah pun menarik perhatian banyak pihak tenyang kemampuan sebenar pemain negara termasuklah ketua jurulatih Qatar.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh pengurus pasukan kebangsaan Bawah 17 Tahun (B-17), Cristopher Raj, beliau menjelaskan bahawa pasukan Harimau Malaya B-17 mula mencuri tumpuan selepas berjaya melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 17 Tahun.

“Semalam saya terima mesej daripada jurulatih Qatar, beliau berkata, Wow Chris, saya tidak pernah menjangka bahawa pasukan awak mara ke Piala Asia.”

Advertisements

“Mereka tidak pernah jangka, tetapi saya yakin, pasukan yakin, kesemuanya yakin kita mampu layak.

Walau bagaimanapun, beliau mahu anak didik Osmera kekal memberi tumpuan sepenuhnya dan juga memanfaatkan peluang bermain di Piala Asia sebaik mungkin.

Advertisements

Hal ini bakal menjadi kayu ukur sebenar untuk menguji tahap dan juga kemampuan sebenar skuad Kebangsaan Bawah 17 Tahun (B-17) terutamanya ketika beradu kekuatan dengan lawan yang lebih baik.

“Kita telah pun berjaya  layak ke Pusingan Akhir Piala Asia. Kita kena menentang dengan Iran, Korea, Yemen terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kita,” katanya menerusi Flash Sukan.

Advertisements

Para pemain ketika ini masih segar dengan kejayaan tersebut sambil mengharapkan mereka dapat mengekalkan persembahan konsisten ini. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram