Jurulatih Singapura  Rungkai Formula ‘Emas’ Kejayaan Bola Sepak Jepun
Dunia
GIFCSG
Advertisements

Ketua jurulatih Geylang FC, Noor Ali merungkai formula yang digunakan oleh Jepun bagi memastikan bola sepak di negara itu berkembang dengan cukup pesat sehingga mampu ke Piala Dunia.

Bekas pemain pasukan kebangsaan itu berkongsi berkenaan perbezaan bola sepak terutamanya di negara kelahirannya dan juga negara matahari tersebut.

Katanya, antara perbezaan ketara yang boleh dilihat daripada sudut kemasyarakatan adalah berkenaan pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa di Singapura yang lebih mementingkan pelajaran.

Advertisements

“Kita di Singapura, inu bapa sudah pasti meletakkan pelajaran sebagai perkara utama berbanding bola sepak.”

“Sekiranya ada pemain yang berjaya untuk membawa diri sehingga mewakili pasukan kebangsaan, maka itu dikura sebagai rezekinya di sana.”

Beliau melihat perkara ini berbeza dengan Jepun yang menyeimbangkan pendekatan kepada anak muda yang mahu mengembangkan lagi potensi bola sepak mereka.

Advertisements

“Di Jepun, antara syarat yang ditetapkan adalah mereka perlu memfokuskan terhadap pelajaran dan juga bola sepak kerana pada bila-bila masa tempat mereka boleh diambil oleh pemain lain.”

“Sekiranya mereka mahu dihantar ke Tokyo (tempat pencari bakat kelab besar berada), mereka tahu bahawa pencapaian akademik tetap diperlukan untuk mereka layak ke sana,” jelasnya.

Budaya bola sepak di Jepun juga memperlihatkan kesemua kelab dan projek pembangunan berlangsung seimbang sehingga setiap pelusuk negara itu mempunya pembangunan bola sepak.

Advertisements

Bukan itu sahaja, jurulatih berusia 47 tahun itu turut berkata, setiap peringkat umur di sana mempunyai lebih daripada 20 ke 30 orang pemain pada posisi yang sama dengan kualiti yang cukup baik sekaligus mewujudkan persaingan yang cukup sihat.

Noor Ali melihat peranan negara yang mahu membangunkan bola sepak haruslah bermula dengan projek pembangunan yang mantap bagi mencungkil bakat-balat terpendam dalam diri anak muda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram