Jurulatih Trinidad Kenal Pasti Ancaman Bintang ‘Nombor 6’ Thailand
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Trinidad & Tobago, Angus Eve waspada dengan barisan pemain yang bakal diturunkan oleh Thailand bagi penentuan tempat ke-3 dan 4.

Bekas penyerang berbisa pasukan kebangsaan Trinidad ini menjelaskan, persiapan pasukannya berjalan dengan lamcar ketika ini sambil tahap keyakinan mereka berada pada tahap tertinggi.

Menjelang pertemuan dengan pasukan Mano Polking, beliau waspada dengan beberapa tonggak utama Gajah Perang yang mampu meranapkan impian pasukannya.

Advertisements

“Saya melihat pemain nombor 6 yang dibawa masuk itu memiliki kemampuan yang sangat baik.”

“Mereka (Thailand) juga memiliki penjaga gol yang cekap dan kami sentiasa waspada dengan perkara ini.”

Pemain nombor 6 yang dimaksudkan oleh Angus ialah Sumanya Purisai tatkala beliau masuk bagi menggalas tugas yang ditinggalkan oleh kapten pasukan, Chanatip Songkrasin.

Advertisements

Beliau dikesan memberi impak yang cukup besar terhadap corak permainan Thailand terutamanya pada babak kedua menentang Malaysia tempoh hari.

Kedua-dua pasukan mahu memberikan yang terbaik setelah tewas pada perlawanan separuh akhir ketika menentang Malaysia dan Tajikistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram