Jurulatih Ulsan Hyundai Anggap Gerakan Duo  JDT ‘Biasa-Biasa’
Dunia
The AFC Hub
Advertisements

Jurulatih pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo menggangap duo serangan JDT iaitu Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva bukanlah ancaman sebenar mereka.

Jurulatih berusia 53 tahun itu mengakui bahawa barisan pemainnya telah menjalankan tugas yang terbaik untuk menyekat asakan daripada barisan penyerang Johor Darul Ta’zim.

“Sebenarnya, pemain kita sudah melakukan tugas yang baik untuk mengekang mereka ber­dua, ini dapat dilihat apabila tidak ada serangan mencemaskan dihasilkan mereka sepanjang perlawanan.

Advertisements

Tambah Jurulatih kelahiran Korea Selatan, beliau merasakan tiada gerakan-gerakan merbahaya yang diciptakan oleh Forestieri dan Bergson Da Silva. Namun, beliau berpendapat bahawa kealpaan barisan pertahanan mereka adalah punca duo serangan JDT itu mampu menjaringkan gol.

“Faktor nama mereka terpahat dalam senarai penjaring hanyalah berpunca daripada kecuai­an pemain kami sendiri, bukan disebabkan gerakan yang dilakukan mereka berdua,” kata Hong Myung Bo kepada Kosmo Sukan.

Pasukan Johor Daul Ta’zim akan bertemu semula Ulsan Hyundai bagi perlawanan kedua dalam peringkat kumpulan pada 30 April nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram