Jurulatih Baharu Vietnam Enggan Guna Taktikal Park Hang-seo
Dunia
VFF / VnExpress
Advertisements

Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Vietnam yang baharu, Gong Oh-kyun berharap para pemain kendaliannya yang dibawa ke Piala Asia B-23 nanti mampu menyerap taktikal baharu yang diperkenalkan beliau walaupun dalam masa yang singkat.

Jurulatih berusia 48 tahun itu juga memberi bayangan bahawa beliau tidak akan menggunakan corak taktikal yang sama seperti bekas jurulatih skuad B-23 Vietnam, Park Hang-seo dan akan bertanggungjawab atas segala keputusan dalam kejohanan di Uzbekistan itu nanti.

“Anda pasti sudah terbiasa dengan taktikal jurulatih Park Hang-seo, tetapi pada masa ini, saya akan menggunakan taktikal saya sendiri. Saya berharap anda semua akan membiasakan diri dengan taktikal saya.

Advertisements

“Sudah tentu, terdapat beberapa pemain yang sudah berlatih dengan saya di Hanoi sebelum ini dan mereka lebih tahu. Pendek kata, saya mahu semua pemain memberikan yang terbaik. Walaupun apa keputusan yang akan berlaku, ia adalah tanggungjawab saya dan saya mahu semua pemain mencuba yang terbaik demi Vietnam,” kata Gong Oh-kyun kepada para pemain pada Selasa seperti dilaporkan VnExpress.

Gong Oh-kyun telah bekerja selama bertahun-tahun sebagai penolong jurulatih pasukan Korea Selatan B-17, B-18, B-20 dan B-23. Pada 2020, beliau bekerja sebagai pembantu jurulatih Shin Tae-yong untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Beliau juga membimbing skuad B-20. Semasa kerjayanya sebagai pemain, beliau muncul sebagai penyerang untuk Daejeon Citizen FC, Gyeongnam FC dan Sunshine Coast FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram