Justin Bieber & Maroon 5 ‘Paksa’ Thailand Ubah Lokasi Perlawanan
Dunia
Sports Aperture
Advertisements

Venue keramat pasukan kebangsaan Thailand, Stadium Rajamangala dilaporkan tidak dapat digunakan pada saingan Piala AFF Mitshubishi Electric kali ini.

Perkara ini difahamkan ekoran daripada penganjuran konsert yang melibatkan dua artis terkemuka dunia, Justin Bieber dan juga Maroon 5 yang bakal diadakan di stadium tersebut.

Stadium kebangsaan pasukan Thailand itu difahamkan bakal menganjurkan dua konsert bertaraf dunia iaitu Justin Bieber Justice World Tour pada 6 November 2022 seterusnya disambung dengan konsert MAROON 5 World Tour 2022 pada 10 December 2022.

Advertisements

Ketika ini, Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) kini dalam proses mencari stadium baharu sungguhpun sebelum ini difahamkan mereka bakal memilih stadium yang berada di tengah-tengah negara tersebut.

Menurut kenyataan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphong, stadium tersebut tidsk dalat digunakan kerana rumput memerlukan masa untuk kembali bersedia buat mana-mana perlawanan bola sepak.

“Harapan untuk pasukan kebangsaan Thailand turun bagi perlawanan pertama di Stadium Rajamangala amat tipis.”

Advertisements

“Ini disebabkan rumput memerlukan masa untuk pulih selepas penganjuran konsert itu. Jadi, kami perlu mencari stadium lain sebagai alternatif,” jelasnya.

Pada undian yang telah dijalankan pada Selasa lalu, Thailand berada dalam Kumpulan A bersama-sama Filipina, Kemboja, Indonesia dan pemenang kelayakan antara Brunei dan Timor Leste dalam kempen Piala AFF Mitsubishi Electric tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram