Jutawan Arab Potensi Penaja Baharu Kedah?

Daud Bakar 2 Jutawan Arab Potensi Penaja Baharu Kedah?
Foto: Daud Bakar
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemilik Kedah Darul Aman FC memberi bayangan pasukan Sang Kenari bakal menerima penaja baharu dari negara Arab. 

Daud Bakar di laman Facebook rasmi miliknya hari ini berkongsi keterujaan dapat bertemu dengan pelabur dari Arab. Pertemuan tersebut telah diadakan di Dubai dan beliau seakan membawa khabar gembira buat seluruh peminat Kedah Darul Aman. 

Menurut Daud, rakan penajanya itu juga sempat bertanya kepada beliau sejauh manakah kemampuan pasukan Kedah untuk bergelar juara dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Pemilik Kedah itu optimis dengan kebolehan pasukan dan percaya skuad kendalian Nafuzi Zain bakal berusaha sehabis baik untuk menamatkan musim di kedudukan terbaik.

“Kami akan cuba sedaya upaya dan terus berjuang,” ujar Daud Bakar. 

Berita ini semestinya menggembirakan hati ramai peminat skuad Sang Kenari. Ia merupakan batu loncatan positif dalam memajukan sesebuah kelab yang secara tak langsung membantu menaikkan nilai serta jenama Liga Super Malaysia.