Juventus Mungkin Tamatkan Kontrak Paul Pogba
Serie A
Instagram: @manchesterunited
Advertisements

Isu kecederaan menghantui Paul Pogba selepas kembali menyertai Juventus secara percuma pada musim panas lepas. Dan dengan kecederaan peha terbaru yang dialaminya, Juve sudah mula mempertimbang pilihan mereka termasuk menamatkan terus pemain yang menerima gaji £7 juta (RM38.1 juta setahun) itu.

Menurut akhbar Gazzeta dello Sport, pengurusan La Vecchia Signora semakin hilang sabar dengan situasi yang menyelubungi Pogba. Selain masalah kecederaan, masalah disiplin dan kecenderungannya menguruskan akaun media sosialnya turut mengundang kemarahan penyokong.

Atas sebab itu, Juventus mempunyai beberapa pilihan berkenaan bekas pemain tengah Manchester United itu. Pertama, mereka boleh merundingkan semula terma kontrak dengan potongan gaji dibuat sebagai tanda Pogba bertanggungjawab atas apa yang berlaku sepanjang musim ini.

Advertisements

Kedua, kontrak Pogba tidak disentuh dengan harapan pemain tengah Perancis itu dapat bangkit semula pada musim hadapan. Dan pilihan terakhir ialah penamatan kontrak – tindakan yang dianggap drastik tetapi boleh dicapai sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Mungkin kerana sebab inilah, Pogba yang kelihatan kecewa dengan situasi kecederaannya memohon maaf kepada penyokong semasa meninggalkan pusat perubatan kelab baru-baru ini. Ia satu situasi yang kurang menyenangkan bukan saja untuk Pogba tetapi pengurus Massimiliano Allegri.

Bagi Allegri, pemain tengah Perancis itu harus tenang dan fokus kepada pemulihan selepas menderita pergolakan emosi akibat masalah kecederaannya itu. Dari situ, barulah Pogba dapat kembali menyertai kesebelasan utama La Vecchia Signora.

Advertisements

‘Saya mohon maaf. Selepas kecederaan (terbarunya), dia (Pogba) mengalami kesulitan dari segi emosi. Dia telah berusaha untuk pulih agar dapat kembali beraksi tetapi itu tidak berlaku; dia harus menenangkan jiwanya dan dapat kembali bermain semula. Kami menunggunya,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram