Blog
Photo: JuveFC.com
Advertisements

Alaba ke Real Madrid, Aguero ke Barcelona, Donnarumma & Wijnaldum ke PSG. Pemain-pemain berikut dibawa masuk secara percuma ekoran tamatnya kontrak mereka bersama kelab terdahulu. Jendela perpindahan ketika ini dihiasi dengan banyak berita perpindahan percuma pemain berstatus bintang yang mengingatkan kita kepada kelab bernama Juventus.

Ini kerana Juventus berjaya mendapatkan nama-nama besar secara percuma malah mereka mampu mengaut keuntungan apabila mampu menjual pemain percuma tersebut dengan harga yang tinggi seperti kes Paul Pogba. Tindakan ini amat membantu kelab terutama dalam pengurusan kewangan.

Berikut merupakan 10 pemain terkenal yang dibawa masuk secara percuma oleh Juventus:

Advertisements

Andrea Pirlo

Pirlo dilepaskan secara percuma oleh AC Milan pada tahun 2011 atas faktor usia beliau. Pengurusan AC Milan menjangkakan prestasi Pirlo akan menurun dan bertindak tidak melanjutkan kontraknya namun Juventus ketika itu pantas menyambar Pirlo yang berusia 33 tahun.

Pirlo kemudian menjadi pemain penting buat Juventus dimana beliau membantu Juventus dalam membolot kejuaraan liga sejak 2011 sehingga 2020 untuk 9 tahun berturut-turut. Kemampuan Pirlo dalam mengawal jentera tengah pasukan dan visi yang bagus antara kelebihan beliau.

New Project1 2 Juventus Pakar Dalam Perpindahan Percuma
Pogba, Pirlo dan Can sewaktu menyarung jersi Juventus

Luca Toni

Walaupun beraksi semusim bersama Juventus dan hanya menjaringkan 2 gol, nama Luca Toni tetap dikenang sebagai pemain bintang buat penyokong Juventus. Menyertai Juventus pada tahun 2011, beliau kemudian dilabel kuda tua apabila kembali prolifik di depan gol bersama pasukan Hellas Verona pada tahun 2015.

Advertisements

Fernando Llorente

Menyertai Juventus pada tahun 2013 daripada Athletic Bilbao, Llorente berjaya menjaringkan 16 gol untuk musim pertamanya di Juventus. Mendapatkan penyerang hebat ini secara percuma amat menguntungkan Juventus.

Llorente kini beraksi bersama kelab Udinese

Paul Pogba

Bekas pemain muda Machester United ini menyertai Juventus secara percuma pada tahun 2012 selepas gagal menembusi skuad utama Manchester United menurut express.co.uk. Berusia 19 tahun ketika itu, Pogba pantas membentuk gandingan mantap bersama Pirlo.

Pada tahun 2016, United membawa Pogba pulang ke Old Trafford dengan yuran harga £89m sekaligus memberikan keuntungan besar buat Juventus.

Advertisements

Kingsley Coman

Pemain bintang Bayern Munich ini merupakan produk akademi PSG. Berpindah dari PSG ke Juventus pada tahun 2014 secara percuma, Coman sempat beraksi selama semusim bersama Juventus. Coman kemudian dipinjamkan ke Bayern Munich sebelum kelab gergasi Jerman tersebut bertindak membawa masuk Coman secara tetap.

Dani Alves

Setelah 8 tahun bersama Barcelona, Dani Alves dilepaskan secara percuma dan menyertai Juventus pada tahun 2016. Beraksi selama semusim di Juventus, Dani Alves melakukan 33 penampilan dan berjaya menjaringkan 6 gol dan mencetak 7 bantuan jaringan.

Dani Alves & Kingsley Coman pernah menyarung jersi Juventus

Sami Khedira

Sami Khedira dibawa masuk ke Turin pada tahun 2015 selepas disisihkan Real Madrid. Berusia 28 tahun ketika itu, Khedira dilaporkan ingin mencari perubahan setelah beraksi selama 5 musim dan memenangi 7 gelaran bersama Real Madrid menurut goal.com.

Advertisements

Khedira menjadi tonggak utama Juventus untuk beberapa musim sebelum dilepaskan pada tahun 2021 untuk menyertai Hertha Berlin.

Emre Can

Pada tahun 2018, Emre Can menyertai Juventus daripada Liverpool secara percuma. Masalah kecederaan yang berpanjangan menimpa Emre Can menyebabkan beliau meninggalkan Liverpool. Beraksi cemerlang bersama Juventus, Emre Can kemudian dipinjamkan ke Borussia Dortmund sebelum Dortmund membeli beliau secara tetap dengan harga €25m.

Aaron Ramsey

Bekas pemain Arsenal ini dibawa masuk pada tahun 2019. Masih bersama Juventus, Ramsey kini telah menjaringkan 5 gol dan melakukan 6 bantuan jaringan dalam 46 penampilannya bersama Juventus.

Neto

Penjaga gol kelahiran Brazil ini menyertai Juventus pada tahun 2015 daripada ACF Fiorentina. Hanya melakukan 22 penampilan bersama Juventus, Neto bertindak sebagai penjaga gol kedua disamping Buffon. Neto kemudian berhijrah ke Valencia dan kini beraksi bersama Barcelona.

Rabiot pernah menarik minat kelab seperti Barcelona sebelum sertai Juventus

Adrien Rabiot

Adrien Rabiot tiba dari PSG pada tahun 2019 dan kini telah melakukan 62 penampilan dan mencetak 5 gol dan 2 bantuan jaringan bersama Juventus. Rabiot mempunyai potensi yang besar namun sikap beliau yang agak angkuh menyebabkan beberapa kelab lain tidak mahu menawarkan kontrak.

11 pemain tersebut dibawa masuk secara percuma dan Juventus telah meraih keuntungan lebih €100m daripada urusan jual balik pemain tersebut. Pemain-pemain yang dinyatakan ini adalah pemain yang menyertai Juventus bermula 2010 sehingga kini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram