K. Devan Merah Padam, Puas Hati Dengan Prestasi Pasukannya

K.Devan K. Devan Merah Padam, Puas Hati Dengan Prestasi Pasukannya
Unifi Sports

Jurulatih pasukan Negeri Sembilan, K. Devan sangat berpuas hati dengan prestasi anak buahnya meskipun tewas kepada Johor Darul Ta’zim.

Jaringan saat akhir pada masa tambahan Fernando Foresteiri kuburkan harapan Negeri Sembilan untuk lakar kejutan terhadap JDT di Stadium Paroi.

Expand player

“Tahniah JDT, Tahniah. Saya berpuas hati dengan keseluruhan permainan pasukan saya pada malam ini,” kata Devan dalam sidang media MFL sejurus tamat perlawanan.

Barisan pemain Negeri Sembilan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dimana mereka berjaya mengekang asakan demi asakan yang dihasilkan oleh JDT.

Ini merupakan kekalahan pertama buat Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super musim ini setelah 7 perlawanan berlangsung.

Negeri Sembilan kini berada di tangga kedua liga dengan jumlah 14 mata di belakang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).