K. Devan: Pemain Pergi Ada, Pengganti Tiada
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Pada aksi Liga Super yang menemukan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC semalam menyaksikan Negeri Sembilan berjaya mencuri satu mata berharga hasil jaringan pernyamaan di akhir perlawanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Bagi pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, beliau merasakan satu mata tersebut amat berharga buat pasukannya kerana beliau sedar kualiti yang dimiliki KL City adalah lebih baik berbanding pasukan kendaliannya.

“Walaupun kita (Negeri Sembilan) ketinggalan, kita berjaya menyamakan kedudukan. Kita perolehi satu mata. Kalau kita nak bandingkan KL City dengan kita, kualiti pemain mereka lebih baik daripada kita. Dapat satu mata, ianya keputusan yang baik,” jelas K. Devan dalam satu sidang media selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Dalam pada itu, K. Devan akur dengan pengurusan pasukan bahawa tiada pemain baharu yang akan masuk pada jendela perpindahan kedua ini walaupun ada pemain yang meninggalkan pasukan seperti pemain dari Singapura, Safuwan Baharudin.

“Pemain lokal pun tiada (tidak masuk). Pemain pergi ada, pengganti tiada. Ini nasib pasukan Negeri Sembilan musim ini. Terpaksa dilalui oleh saya dan pemain. Skuad kita sekarang jadi kecil dengan bilangan pemain yang kurang. Jadi mereka berisiko untuk mengalami kecederaan,” luah Devan lagi.

Negeri Sembilan kini berada di tangga kesembilan Liga Super dengan mengumpul 20 mata daripada 17 perlawanan yang diharungi. Untuk aksi seterusnya, mereka bakal berdepan Terengganu FC di laman lawan pada 28 Julai.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram