K. Devan Puji Skuad Bawah 20 Tahun Negara
Asia
Youtube: FAM TV
Advertisements

Pada Sabtu lepas, skuad B-20 tahun negara telah menjalani satu perlawanan latihan menentang pasukan dari Liga Premier, Negeri Sembilan FC di Stadium Mini USIM yang menyaksikan skuad negara tewas 2-1.

Bagaimanapun, skuad bawah 20 tahun kebangsaan telah mendapat pujian dan respon positif daripada jurulatih pasukan Negeri Sembilan FC, K. Devan selepas aksi perlawanan yang melibatkan anak buahnya menentang skuad negara.

K. Devan menganggap pemain muda negara kurang keyakinan apabila berhadapan secara ‘one by one’ pada babak separuh masa pertama. Akan tetapi di separuh masa kedua mereka tampak lebih yakin dan memperbaiki rentak bermain.

Advertisements

“Mungkin di separuh masa pertama mereka dilihat kurang agresif dan tidak yakin dalam ‘challenging one by one’. Tapi mereka nampak lebih baik di separuh masa kedua, boleh simpan bola dengan lama dan menyerang dengan lebih teratur.”

Pengendali Negeri Sembilan FC ini teruja dengan kebolehan dan keserasian pemain muda negara walaupun baru seminggu turun menjalani latihan bersama.

“Dengan satu minggu latihan, saya nampak ada banyak aspek yang positif. Kalau mereka diberi peluang untuk bersama dalam satu pasukan untuk satu tempoh yang lebih lama, saya merasakan mungkin akan ada peningkatan yang lebih baik dalam pasukan ini.”

Advertisements

Jurulatih yang berusia 54 tahun ini turut menyatakan para pemain yang dipanggil ke pusat latihan kali ini ada pengalaman yang baik apabila ramai dalam kalangan mereka bermain di Liga Premier. Itu merupakan satu ‘advantage’ buat pemain.

Dalam pada itu, gol tunggal skuad muda negara dalam perlawanan kelmarin dijaringkan penyerang Selangor FC 2 iaitu Khairi Suffian pada minit ke-59 permainan. Skuad kendalian Brad Maloney ini akan meneruskan perlawanan latihan kedua mereka menentang Skuad Projek FAM-MSN hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram