K. Devan Tak Pandang Mudah Cabaran Pasukan Liga M3
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan tidak pandang mudah cabaran pasukan Liga M dalam pusingan kedua Piala FA menentang PIB Shah Alam FC malam ini.

Devan menyatakan bahawa sebagai pasukan Liga Super, mereka perlu mempamerkan kualiti dan prestasi yang baik apabila berdepan dengan mana-mana pasukan.

Beliau juga mahu setiap pemain menghormati pihak lawan dan beraksi seperti biasa sebagai pemain professional.

Advertisements

“Kita perlu kekalkan kualiti sebagai pasukan Liga Super, tunjukkan prestasi yang baik dan tak kira pasukan mana yang kita jumpa”

“Kita sebagai pemain professional, harus menghormati pihak lawan dan bermain seperti biasa, tidak boleh pandang rendah dengan pasukan Liga M3.”

“Kita akan meletakkan kesebelasan yang terbaik menentang PIB, siapa sahaja yang diturunkan perlu membuktikan kehadiran mereka,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Siapa sahaja yang dipilih dalam kesebelasan utama malam ini, Devan mahukan yang terbaik dari segi semua aspek dan mereka perlu membuktikan kehadiran mereka untuk beraksi.

Negeri Sembilan bakal menerima kunjungan PIB Shah Alam dalam saingan pusingan kedua Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram