K. Rajagobal: Amri Yahyah Konsisten Cipta Momen Luar Biasa
Dunia
The Star
Advertisements

Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tampil memuji persembahan memukau pemain Sabah FC, Amri Yahyah.

Amri yang berjaya menjaringkan tiga gol buat pasukan Sabah ketika aksi menentang pasukan Kedah Darul Aman tempoh hari telah mendapat perhatian Datuk K. Rajagopal dalam satu ciapan di laman Twitter miliknya hari ini.

Menurut Rajagobal, Amri ialah seorang pemain yang memiliki karakter tersendiri dan amat geliga ketika mencipta peluang. Beliau juga sering mencipta aksi-aksi luar biasa ketika di atas padang.

Advertisements

Rajagobal menjelaskan bahawa Amri Yahyah akan terus menyinar dan beliau yakin bahawa lagenda bola sepak tanah air itu akan konsisten mencipta momen-momen hebat dalam kancah bola sepak Malaysia.

Jurulatih yang memberi gelaran juara Piala AFF buat Malaysia pada 2010 itu turut menceritakan kenangan terindah beliau dan Amri. Menurut Rajagobal, gol Amri ketika pasukan Malaysia menentang Manchester United suatu masa ketika dahulu adalah perkara yang membanggakan.

Tambah Rajagobal, ledakan Amri dalam perlawanan tersebut dianggap sebagai kenangan indah sepanjang beliau berkhidmat dalam pasukan kebangsaan.

Advertisements

Jika diimbas kembali, Amri Yahyah berjaya menjaringkan dua gol cantik ketika Malaysia bertemu Manchester United pada 2009. Walaupun Malaysia tewas 2-3 keatas Manchester United, persembahan memukau anak buah K. Rajagobal telah mendapat pujian ramai.

https://twitter.com/hungrygrizzly14/status/1456949463667265544?s=21&t=O9zmHo28GPjJHTN_b8Kbbw
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram