KAFA Lega Isu Gaji Hampir Selesai
Dunia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menarik nafas lega apabila sebahagian bebanan tunggakan gaji beberapa bekas pemain dan jurulatih terdahulu dilangsaikan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melalui pemotongan hak penyiaran musim 2019.

Presiden Kafa, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sebanyak RM 500,000 yang diterima daripada MFL pada 15 Julai lalu digunakan untuk membayar hutang dan pihaknya akan menanti pembayaran bagi fasa kedua hak penyiaran.

Manakala baki tunggakan selebihnya akan dibayar oleh MQ Technology Berhad berdasarkan pakej kewangan yang telah dipersetujui bersama dengan Kafa.

Advertisements

“MFL ada meminta Kafa selesaikan tunggakan gaji bekas pemain termasuk pemain import dan bekas jurulatih malah kami turut terbeban dengan pemotongan yang belum dilakukan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Sebahagian daripada isu ini sudah ada cara penyelesaian dan ini semua akan dikemukakan oleh FAM pada pertengahan September nanti bagi permohonan pelesenan kelab.

“Jadi kami telah capai persetujuan dengan MFL yang mana hak penyiaran pusingan pertama berjumlah RM 500,000 telah pun digunakan untuk membayar sebahagian tunggakan gaji pemain.

Advertisements

“Selepas ditolak daripada hak penyiaran itu nanti, baki hutang akan dibayar oleh MQ Technology dan kehadiran penaja kami ini dijangka memberi impak besar terhadap pelan kewangan kami.

“Kafa mahu ucapkan terima kasih kepada MFL yang sanggup membantu Kafa memandangkan banyak kes tunggakan gaji ini sudah libatkan FIFA dan sudah tidak ada peluang lagi bagi kami untuk membuat sebarang rayuan,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram