Bekas Pemain Anggap KAFA Pilih Bulu Dalam Isu Selesaikan Tunggakan Gaji
Dunia
The Red Warriors
Advertisements

Menurut kenyataan dikeluarkan bekas pemain Kelantan FA, Faizol Nazlin Sayuti, beliau gusar dengan isu tunggakan gaji yang masih belum dibayar KAFA. Persatuan Bolasepak Kelantan diam seribu bahasa apabila ditanya tentang isu tersebut seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Beliau beranggapan, pihak pengurusan KAFA dilihat memandang remeh seperti tidak tahu apa yang berlaku.

“Kami semua dah mati akal, tak tahu nak minta kat siapa. Bila tanya Zamsaham (Pemilik Kelantan FC), dia suruh minta dekat KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan). Tapi bila tanya KAFA, mereka senyap dan langsung tak respon apa-apa.”

Advertisements

Pemain yang pernah beraksi pada zaman kegemilangan Kelantan FA ini mengatakan bahawa beliau berani membuka suara tentang masalah yang berlaku selepas bekas rakan import sepasukannya juga telah mendakwa isu tunggakan yang sama. 

“Saya terpanggil untuk mendedahkan kepincangan ini selepas membaca pendedahan Arena Metro berkenaan bekas pemain import The Red Warriors (TRW) dari Korea Selatan, Kang Seung Jo yang menuntut tunggakan sama.” jelasnya

Bekas pertahanan tengah Kelantan ini mengambarkan bahawa segala yang dilakukannya bagi membela nasib dirinya dan beberapa rakan lain akan terjamin namun segalanya tampak mengecewakan.

Advertisements

Katanya, beliau yang mewakili beberapa pemain tempatan yang lain seperti Syazwan Yusoff, Fakhrul Zaman Zawawi, Khairul Izuan Rosli dan lain-lain sudah melakukan perkara yang sepatutnya bagi menuntut hak mereka namun segalanya sia-sia.

“Kami dah laporkan kepada PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) dua tahun lepas tak silap saya, tapi mereka juga tak dapat berbuat apa-apa kerana KAFA sendiri senyap dan tak beri kerjasama.”

Faizol juga menjelaskan bahawa pihak KAFA dilihat memilih kasih terhadap isu tunggakan gaji. Ini kerana ada antara pemain ternama yang sudah dibayar KAFA seperti Khairul Fahmi dan Amiridzuan Taj. Namun dalam hal ini terdapat isu berat sebelah tentang kebajikan pemain. 

Advertisements

“Apek (Khairul Fahmi) dan Taj semuanya KAFA dah bayar. Tapi kami tak bayar langsung, siap buat senyap saja. Mungkin sebab kami bukan nama besar kot, tidak adil begitu kerana kebajikan pemain adalah sama dan kami juga menyumbang sesuatu buat pasukan,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram