Ads
“Kalau Menteri Jadi Makhluk Kecil Dalam Sukan, Orang Pijak Kamu” – Khairy Jamaluddin
UltraSukan
Khairy Jamaluddin

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mahu figura seorang menteri mudah dipergunakan oleh orang yang berkepentingan.

Advertisements

Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ kini bergelar hos bagi sebuah sesi audio siar yang dikenali sebagai Keluar Sekejap bersama rakan hosnya, Shahril Hamdan.

Advertisements

Dalam satu sesi audio siar Keluar Sekejap pada Rabu, KJ sempat meninggalkan pesan buat Menteri Belia dan Sukan agar usah takut untuk berhadapan dengan figura-figura di dalam industri sukan.

Advertisements
Advertisements

”Jadi kalau Menteri Sukan menjadi makhluk yang kerdil dari segi kehadiran dan tidak berani berdepan dengan makhluk-makhluk besar dalam persatuan sukan, maka orang akan pijak kamu.”

Tambah beliau, bukan mudah untuk mengawal persatuan sukan di Malaysia yang rata-rata dipimpin oleh orang besar dan agak sukar untuk berjaya sekiranya menteri tidak mampu mengawasinya.

Advertisements

“Persatuan sukan di bawah Majlis Olimpik Malaysia seperti persatuan bola sepak, badminton, basikal dan sebagainya ini dipimpin oleh orang-orang hebat. Bukan senang untuk kawal mereka semua ini.”

”Kalau kamu tak sanggup mengotorkan tangan kamu dan berdepan dengan mereka, maka kamu tidak akan berjaya,” ujar beliau kepada Shahril Hamdan dalam sesi tersebut.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu meletakkan individu yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang tepat sementara beliau masih memegang portfolio tersebut.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau mengakui tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan lantikan dari proses demokrasi sesetengah badan persatuan dan harus menghormatinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram