Kalau Nafuzi Tak Nak, Terengganu Akan Lihat Calon Lain
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Selepas beberapa bulan berteka-teki, akhirnya hari ini pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) telah sah menawarkan lanjutan kontrak setahun buat Nafuzi Zain untuk kekal membimbing skuad Sang Penyu bagi saingan musim hadapan.

Exco Sukan Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TFC, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihak pengurusan berpuas hati dengan sumbangan Nafuzi dalam membimbing TFC musim ini selepas berjaya membawa pasukan itu ke Piala AFC 2023 dan layak pentas akhir Piala FA musim ini.

“Ya. Kita ada beberapa pilihan yang telah pun diberikan kepada kita dalam mesyuarat dan kita memilih Nafuzi lah dan pilihan yang lain itu kita tolak lah, sekiranya Nafuzi tidak menerima maka kita terpaksa melihat pilihan yang lain lah,” kata beliau kepada Berita RTM selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd.

Advertisements

Surat tawaran lanjutan kontrak itu akan diberikan secepat mungkin kepada Nafuzi dan jurulatih berusia 44 tahun itu mempunyai masa 14 hari untuk memberikan maklum balas sama ada menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.

Sebelum ini hangat desas-desus yang mengatakan Nafuzi Zain bakal berhijrah ke pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi saingan musim depan dan berita itu semakin hangat selepas bekas pengendali KDA FC, Aidil Shahrin Sahak dilepaskan dari jawatan ketua jurulatih.

Terengganu FC dalam masa yang sama dikhabarkan turut bersetuju untuk mengekalkan ketua jurulatih Terengganu FC II, III dan IV di mana kesemua mereka turut ditawarkan kontrak lanjutan bersama TFC.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram