“Kalau Pengadil Salah, FAM Akan Hukum” – S. Sivasundaram
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengadil yang melakukan kesilapan semasa mengendalikan sesebuah perlawanan.

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivansundaram ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Pengadil FAM 2024 yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Seramai 30 pengadil telah dipanggil yang terdiri daripada 27 orang pengadil lelaki dan 3 orang pengadil wanita bagi menyertai projek Akademi Pengadil Profesional untuk sesi 2023 hingga 2025.

Advertisements

FAM ootimis untuk melahirkan lebih ramai pengadil berprestasi tinggi menjelang saingan Liga Super musim 2026.

Katanya, FAM mengambil maklum tentang beberapa insiden yang berlaku melibatkan keputusan pengadil di atas padang.

Kehadiran Video Bantuan Pengadil (VAR) dijangka akan memberi bantuan tambahan kepada pengadil dalam membuat keputusan di atas padang.

Advertisements

“FAM akan melihat keperluan penggunaan VAR dalam liga bawahan. Tahun 2023 memang kita menerima aduan tetapi tidak banyak. Akan tetapi, kita perlu ingat bahawa kita memiliki penilai pengadil.”

“Tak ada aduan pun, tetapi sekiranya pengadil melakukan kesalahan, FAM pasti mengambil tindakan.”

Seramai 22 orang pengadil telah ditauliahkan sebagai pengadil VAR, 20 Penolong Pengadil ditauliah sebagai AVAR (Assistant Video Assistant Referee), sembilan Pengadil ditauliah sebagai Replay Operator (RO) dan lima individu dari Astro ditauliah sebagai Replay Operator (RO).

Advertisements

“Tambahan seramai 17 Penolong Pengadil dipanggil untuk menertai Seminar VAR 2024 yang mana ia membolehkan mereka dilantik sebagai Penolong Pengadil 1 & 2 bagi perlawanan yang menggunakan VAR.

FAM juga akan membuat Latihan VAR fasa ke-2 untuk menambah pengadil-pengadil VAR,” katanya yang berharap agar pelaksanaan VAR ini dapat meningkatkan lagi prestasi pengadil-pengadil di Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram