Advertisements
“Kami Akan Lawan Belanda Atau Indonesia?” – Do Duy Manh
Asia Tenggara
MakanBola
duymanh2909

Pemain Vietnam, Do Duy Manh sempat menyindir mengenai lawannya, Indonesia menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.

Beliau berkata, melalui maklumat yang mereka dapati, Indonesia kini berbeza apabila diperkuat dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara seperti Justin Hubner, Sandy Walsh, Rafael Struijk dan lain-lain.

“Menerusi maklumat akhbar, saya tahu Indonesia menaturalisasikan sehingga 11 pemain. Mereka kini memiliki ramai pemain yang beraksi di luar negara dengan kepakaran yang baik,” katanya menurut laporan Zingnews.

Meskipun dimiliki ramai pemain naturalisasi, Indonesia tetap diakui oleh Duy Manh sebagai lawan yang kuat, lantas dia sempat mengusik antara rakan sepasukan mengenai status pasukan lawannya itu.

“Sebelum itu, Indonesia masih pasukan yang tidak mudah dimainkan. Indonesia bermain dengan garang, agresif, kini naturalisasi secara beramai-ramai,” tambah pemain Hanoi FC itu lagi.

“Jadi kami mengusik antara satu sama lain bahawa kami tidak tahu sama ada kami akan bermain dengan pasukan Belanda atau Indonesia lagi.”

Pertahanan berusia 28 tahun itu melaungkan amaran bahawa Vietnam tidak mudah gentar dengan barisan pemain yang dimiliki oleh Sang Garuda dan yakin dengan kebolehan rakan sepasukannya.

“Namun, pasukan Vietnam juga mempunyai pemain yang berkualiti, jadi kami tak takut meskipun Indonesia memiliki ramai pemain naturalisasi.”

Vietnam kini menduduki tangga kedua kumpulan F dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan manakala Indonesia pula berada di kedudukan tercorot kumpulan dengan satu mata.

Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu dalam dua aksi kumpulan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno pada 21 Mac dan di Stadium MyDinh pada 26 Mac depan.