“Kamu Ada Apa Yang Diperlukan Untuk Bersinar & Berjaya” – Benjamin Mora

Safawi Mora "Kamu Ada Apa Yang Diperlukan Untuk Bersinar & Berjaya" - Benjamin Mora
Foto: Johor Southern Tigers
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid.

Safawi Rasid pada semalam secara sah telah diumumkan sebagai pemain Ratchaburi FC dan akan beraksi di saingan Liga Thailand 1. Beliau telah dipinjamkan dari JDT untuk memperkuat pasukan yang digelar The Dragon.

Benjamin Mora yang kini merupakan pengendali Atlas FC dalam satu ciapannya di Twitter hari ini mendoakan yang terbaik buat Safawi Rasid. Mora menganggap beraksi di Liga Thailand merupakan sebuah pengembaraan baru buat pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Jurulatih berusia 43 tahun itu juga percaya Safawi Rasid mempunyai masa depan yang cerah untuk kembali menyinar. Tambah Mora, usaha dan kerja keras bakal membuahkan hasil.

Safawi Rasid dijangka melakukan penampilan pertama bersama skuad Dragon pada 21 Januari kelak. Ratchaburi bakal berdepan pasukan Khon Kaen United di Stadium Mitr Phol, Ratchaburi.