Pertahanan tengah berbakat Singapura, Irfan Fandi Ahmad terus menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan dalam perlawanan yang penuh dramatik semalam tatkala BG Pathum United berjaya melakar kemenangan besar dengan menewaskan PT Prachuap, 7-2.
Irfan yang turun dalam kesebelasan utama pasukan telah mempamerkan persembahan yang cukup meyakinkan. Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini cukup-cukup disiplin ketika mengawal kubu pasukan.
Ketika Irfan ditugaskan bergandingan bersama Andres Tunez, duo ini dilihat amat serasi setelah beberapa kali berjaya mematahkan hasrat pemain lawan untuk mencetak jaringan. Ketenangan serta struktur fizikal yang tegap menjadi antara kelebihan buat Irfan.
Perlawanan semalam menggambarkan Irfan berjaya kemudi benteng pertahanan dengan baik. Tidak cukup dengan itu, pemain yang berusia 24 tahun ini juga menunjukkan workrate yang tinggi ketika di atas padang.
Tatkala pasukannya menyerang, Irfan juga rajin untuk kehadapan bagi membantu bahagian serangan. Pada babak pertama perlawanan, Irfan naik keatas dan berjaya melakukan satu tandukan tepat kearah gawang PT Prachuap. Bagaimanapun, tandukan tersebut dapat diselamatkan pemain lawan.
(Lihat tandukan Irfan Fandi dalam highlights tersebut pada minit ke 2.20)
Usaha serta karakter yang ditampilkan Irfan Fandi ini wajar sekali dipuji dan dicontohi. Khidmat Irfan di bahagian pertahanan tengah pasti akan terus ditagih pengendali BG Pathum United, Makoto Teguramori bagi aksi liga yang berbaki.
Untuk rekod, setakat ini Irfan telah berjaya menjaringkan satu gol bagi saingan liga musim ini. Konsistensi Irfan sekaligus meletakkan BG Pathum berada di tangga kedua dibelakang Buriram United untuk saingan Thai League 1 musim 2022.