Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemain tengah Kelantan FC, Syed Sobri kini menjadi watak penting dibahagian tengah pasukan Kelantan FC setelah memperagakan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhir. Pemain berusia 27 tahun ini kembali menemui rentak cemerlang beliau setelah berehat hampir 6 bulan daripada arena bola sepak profesional sebelum dilamar Kelantan FC.

Syed Sobri merupakan pemain tengah bagi pasukan UKM FC pada tahun lalu sebelum kontrak beliau tamat dan kemudiannya tidak terikat dengan mana-mana pasukan. Namun pemain kelahiran Terengganu ini gagal memikat hati pasukan di Liga Malaysia sehingga 6 bulan tidak beraksi di atas padang.

Beliau merupakan bekas pemain Piala Presiden Terengganu sebelum menyertai Sime Darby pada tahun 2016. Syed juga pernah beraksi bersama T-Team dan Melaka United pada tahun 2017 dan pasukan terakhir beliau ialah UKM FC pada tahun 2020.

Advertisements
syed ukm Karier Syed Sobri Kembali Bernafas Setelah Menyertai Kelantan FC
Aksi Syed Sobri sewaktu bersama UKM FC

Beliau turut menyatakan hampir pernah berputus asa kerana gagal menarik minat mana-mana pasukan untuk disertainya. Karier beliau yang seakan-akan berada dihujung tanduk bagaimanapun kembali bernafas setelah kembali mewarnai arena bola sepak Malaysia bersama Kelantan FC pada bulan Jun yang lalu.

Perlahan-lahan pemain ini kemudian berjaya memikat hati para kejurulatihan Kelantan menerusi kemampuan beliau mengawal jentera tengah pasukan. Kini, Syed Sobri menjadi individu penting diposisi tengah pasukan Kelantan.

Syed Sobri turut mempunyai tendangan jarak jauh yang berbahaya. Lihat saja aksi beliau sewaktu Kelantan bertemu Sabah tempoh hari, percubaan dari luar kotak penalti beliau pada minit 90 perlawanan hampir menghadiahkan gol buat pasukan.

Advertisements
Syed Sobri (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya

Gandingan beliau bersama Dani dibahagian tengah Kelantan FC berjaya menunjukkan impak positif dalam corak permainan pasukan. Syed Sobri berjaya menjaringkan 2 gol buat pasukan Kelantan dalam saingan Liga Premier 2021 walaupun beliau hadir sewaktu pertengahan saingan Liga.

2 gol beliau hadir sewaktu bertemu Negeri Sembilan dan Selangor FC II. Beliau berjaya menepis beberapa tanggapan negatif apabila mampu mempamerkan aksi terbaik bersama Kelantan walaupun telah berehat selama 6 bulan tanpa perlawanan bola sepak kompetitif.

Pemain tengah ini dilihat menjadi aset penting pasukan selain daripada pemain seperti Haziq Subri, Natanael Ringo dan Nurshamil Abdul Ghani. Kelantan FC kini menduduki tangga tercorot Kumpulan D Piala Malaysia 2021 apabila mengumpul 1 mata daripada 2 perlawanan pertama mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram