Karsten Neitzel Kekal di Selangor FC
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Kegagalan Selangor FC mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 menjadi salah satu faktor pengendali jerman itu ditamatkan kontrak sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC.

Desas-desus bahawa Karsten Neitzel dipecat terus dari Selangor FC turut tular namun Selangor FC hari ini mengumumkan bahawa Karsten Neitzel kekal bersama Selangor FC.

Menurut kenyataan Selangor FC, Karsten Neitzel kekal di Selangor FC dan akan menjadi penolong jurulatih The Red Giant.

Advertisements

“Karsten Neitzel akan kekal di Selangor FC dan akan terus menjadi sebahagian dari barisan jurulatih untuk musim 2022 sebagai penolong ketua jurulatih.”

“Pemahaman tinggi beliau kepada pasukan, penerusan filisopi bola sepak dan cara bermain yang akan digunakan akan terus menjadi perkara bernilai untuk menyambung projek ini sebagai Penolong Ketua Jurulatih.”

Advertisements

“Kelab mengucapkan selamat maju jaya kepada Karsten dan percaya kolaborasi beliau dengan Michael Feichtenbeiner akan menghasilkan kejayaan pada masa hadapan.” Jelas Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram