Advertisement

Follow us:

Kasut Koyak Luqman Hakim Tarik Perhatian

Luqman Iceland Kasut Koyak Luqman Hakim Tarik Perhatian
Njarðvík FC
Nik Faris
@nikfalovic
8:22pm 07/02/2023
Pivo

Bintang muda bola sepak negara, Luqman Hakim Shamsudin kini secara rasminya telah menyertai kelab yang berpangkalan di Iceland, UMF Njardvík.

Pemain berusia 21 tahun itu mahu segera memperoleh minit permainan dalam aksi bola sepaknya setelah beberapa tahun berkelana di Belgium.

Luqman hanya beberapa kali dimasukkan sebagai pemain gantian di KV Kortrijk dan lebih banyak turun beraksi sebagai pemain skuad muda di sana.

Walau bagaimanapun, anak jati kelahiran Kota Bharu itu menarik perhatian ramai menerusi satu video pengenalan bersama kelab baharunya itu.

Beliau dikesan sedang mengikat tali kasut koyak itu dalam sesi video pengenalan tersebut.

“Man kasut dah nak hancur tu,” komen Faizul Azreen.

“Harap ada syarikat yang nampak kasut Luqman dan taja,” ujar individu yang dikenali sebagai Aisu Makuta.

Luqman difahamkan akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman selama semusim kerana ditawarkan beraksi dengan lebih kerap dan berpeluang menembusi kesebelasan utama di sana.

Kelab tersebut kini beraksi dalam saingan divisyen kedua menjadi pilihan Luqman sungguhpun memperoleh beberapa tawaran lain.