Kata-kata bekas pemain Chelsea FC, Christian Pulisic tentang New Zealand menjadi kenyataan.
Beliau yang juga kapten kepada pasukan USA telah bertemu All-Whites dalam satu aksi persahabatan September lalu berdepan kesukaran.
Tonggak AC Milan itu beraksi dalam kesebelasan utama namun tidak berjaya melakar kemenangan apabila terikat 1-1 dengan pasukan ke-95 dunia itu.
Pulisic memberitahu bahawa New Zealand merupakan sebuah pasukan yang berkualiti dan banyak memberikan masalah buat pasukannya.
“Mereka (New Zealand) adalah lawan yang tidak akan memberikan ruang kepada kami.
“Ia boleh menjadi perlawanan yang sukar jadi kami perlu berada pada tahap terbaik kami esok dan mudah-mudahan, beberapa pemain benar-benar akan meningkat,” jelasnya.
Keadaan itu terjadi kepada pemain Harimau Malaya apabila ditekan hebat oleh anak buah Darren Bezeley.
Malaysia berjaya menyeimbangi kekuatan lawan dengan amat baik pada babak pertama namun dibolosi empat jaringan memasuki babak kedua.
Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya kehilangan mata penting untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA semasa.
Malaysia kekal pasukan ke-4 terbaik dari Asia Tenggara selepas Thailand (96), Vietnam (116) dan juga Indonesia (130).