Ads
Dunia
J Football

Pendahulu Liga Utama Jepun, Kawasaki Frontale menerima tamparan yang cukup hebat apabila dibesalah dengan cukup dahsyat oleh Shonan Bellmare dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Pasukan kendalian Toru Oniki ini turun dengan kesebelasan terbaiknya dengan jentera serangan diketuai oleh pemain import, Leandro Damiao dalam usaha untuk terus mendominasi takhta liga.

Advertisements

Hasrat itu tidak kesampaian apabila mereka gagal menampilkan persembahan terbaiknya sekaligus meletakkan pasukan dalam keadaan tekanan.

Advertisements

Advertisements

Shonan memanfaatkan keadaan ini dengan cukup apabila melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang yang dikawal oleh Sung Ryong Jung namun gagal menjaringkan gol pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kawasaki seakan semakin tidak bermaya apabila pesta gol pasukan kendalian Satoshi Yamaguchi meledak gol pendahuluan menerusi Shuto Machino sebelum Masaki Ikeda menjaringkan gol kedua.

Advertisements

Dua gol pantas menerusi Shuto Machino sekali lagi dan juga Tarik Elyounoussi dalam tempoh dua minit telah menutup peluang untuk Kawasaki bangkit dalam perlawanan ini.

Keputusan 4-0 kekal hingga ke wisel penamat sekaligus menyaksikan mereka turun ke tangga kedua liga.

Advertisements

Ini juga menjadi rekod kekalahan terburuk sejak tahu 2010 apabila pasukan dibolosi empat gol dalam aksi penting ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram