Asia
Advertisements

PADA usia 52 tahun, pemain bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura, meneruskan kerjaya profesionalnya selepas menandatangani kontrak baharu dengan pasukan Yokohama FC.

Kontrak setahun itu menyaksikan Miura, yang akan berusia 53 tahun pada 26 Februari ini, memasuki musim ke-35 bersama pasukan itu.

Digelar “King Kazu”, penyerang itu kini merupakan pemain sepak bola tertua yang berjaya menjaringkan gol di peringkat kompetitif.

Advertisements

Tahun lalu, Miura hanya bermain dalam tiga perlawanan dan tidak menjaringkan gol tetapi masih memegang rekod sebagai pemain tertua di Liga J, liga bola sepak teratas di Jepun.

“Saya berharap dapat terus bermain bola sepak dan bersyukur kerana saya mampu membantu pasukan mencapai matlamat.

king kazu Kazuyoshi Miura Pemain Bolasepak Tertua Liga Jepun
Miura masih mampu bermain meskipun hampir berusia 53 tahun

“Saya akan bekerja keras untuk terus menyumbang kemenangan kepada pasukan,” kata Miura.

Advertisements

Miura menyertai Yokohama FC pada tahun 2005, selain turut pernah bermain dengan kelab Brazil, Santos, dan kelab Genoa di Itali di awal kariernya.

Miura juga pernah mewakili pasukan kebangsaan Jepun sebanyak 89 kali dan menjaringkan 55 gol.

Dia bagaimanapun bukanlah pemain bola sepak profesional tertua.

Advertisements

Pada April 2019, seorang penjaga gol dari Israel, Isaak Hayik, 73, disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai pemain bola sepak tertua mengambil bahagian dalam perlawanan profesional.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram