Advertisement
Keadaan Padang Bertakung Air Di Korea Curi Perhatian
Asia
MakanBola
K-League

Keadaan padang yang ditakungi air memberi kesukaran kepada kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi K-League 1 menentang Gangwon FC semalam.

Hujan lebat yang turun sejak minit akhir babak pertama menyaksikan padang Stadium Piala Dunia Jeonju mula ditakungi air sekitar minit ke-70.

Keadaan ini memberi kesukaran kepada kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua. Ini kerana mereka bukan saja sukar membuat hantaran-hantaran bola.

Malah, ini mendedahkan pemain-pemain kepada risiko kecederaan kerana keadaan padang yang ditakungi air dan licin boleh menyukarkan pergerakan mereka.

Atas sebab itulah, Jeonbuk dan Gangwon terpaksa beraksi dengan lebih berhati-hati bagi memastikan semua pemain mereka dapat menamatkan perlawanan tanpa sebarang kecederaan.

Pada akhirnya, pasukan gergasi K-League itu terpaksa akur kepada Gangwon dengan kelab itu meraih kemenangan 3-1.

Keputusan itu meletakkan mereka di tangga kelima liga dengan 43 mata, 19 mata di belakang pendahulu liga, Ulsan Hyundai.

Dengan aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) Kumpulan F menentang Kitchee pada 20 September ini, Jeonbuk pastinya berharap situasi yang dihadapi mereka semalam tidak berulang.