Keampuhan Setiap Posisi Jadikan KL City Lawan Yang ‘Liat’ Ditumbangkan
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Momentum terbaik yang sedang dinikmati oleh pasukan Kuala Lumpur City FC ketika ini pastinya bakal menjadi satu perkara yang meresahkan lawannya tatkala saingan Piala Malaysia sudah hampir memulakan cabaran.

Dalam undian yang berlangsung beberapa hari yang lalu, pasukan kendalian Bojan Hodak ini berada dalam kumpulan A bersama pasukan di tangga ketiga, Penang FC dan juga Sri Pahang FC yang dilihat bukan lawan yang mudah untuk diatasi.

Ini juga bertitik tolak kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh jurulatih pasukan Sri Pahang, Dollah Salleh yang melaungkan keyakinan bahawa pasukannya akan bangkit susulan prestasi yang kurang cemerlang ditampilkan dalam aksi Liga Super musim ini.

Advertisements

Sungguhpun begitu, jika dilihat berdasarkan rekod yang dimiliki oleh pasukan ‘The City Boys’ ini menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan sepanang 12 perlawanan terakhir dalam saingan Liga Super musim ini.

Sepanjang tempoh tersebut, pasukan itu hanya tewas sekali sahaja iaitu kepada juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan terakhir liga. Bukan itu sahaja, rekod 11 perlawanan tanpa sebarang kekalahan itu menjadi rekod terbaik kelab sepanjang 33 tahun.

KL juga memiliki purata bolos yang agak baik dalam tempoh 12 perlawanan tersebut dengan hanya membenarkan pasukan lawan membolosi gawang mereka dengan hanya sekitar 1 gol sahaja.

Advertisements

Mereka juga telah menjaringkan 15 gol iaitu lebih separuh daripada jumlah gol keseluruhan yang dijaringkan oleh pasukan musim ini sekaligus mencerminkan keampuhan barisan serangan pasukan.

Ini menujukkan kestabilan yang dimiliki oleh pasukan bukan sahaja di barisan serangan malah kekebalan benteng pertahanan yang diketuai oleh Giancarlo Gallifuoco selain nama-nama seperti Daniel Ting, Nik Shahrul Azim, Irfan Zakaria selain penjaga gawang yang beraksi dengan cukup baik iaitu Kevin Mendoza harus diberi pujian.

Penjaga gol kelahiran Filipina ini mencatat statisik menjadi penjaga gol paling tinggi melakukan penyelamatan musim ini.

Advertisements

Beliau telah merekodkan sekitar 80 penyelamatan sekaligus menjadi antara pemain yang menyerah buat pasukan itu.

Pemain import berbisa pasukan, Paulo Josue berada di tangga kelima dalam senarai penjaring terbanyak musim ini setelah berjaya merekodkan 10 gol dan mencetak 7 bantuan gol.

Dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan ketika ini, KL seharusnya menjadi ‘perhatian’ lawan sungguhpun tidak mengkahiri kedudukan dalam liga di tempat yang lebih baik.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram