Tonton: Kebangkitan 30 Saat Luar Biasa Nurshamil Abd Ghani Ledak Gol Kelantan
Dunia
MFL
Advertisements

Detik luar biasa sekitar 30 saat sempat dirakam tatkala kebangkitan penyerang sensasi pasukan Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani mendapat perhatian.

Kelibat pemain kelahiran Melaka itu mula diikuti selepas beliau kelihatan terbaring seawal minit ke-4 permainan.

Nurshamil yang ketika ini sedang menjadi penjaring terbanyak pasukan tidak berputus asa dan terus semangat untuk membantu Kelantan apabila bangkit dari menahan sakit dan meneruskan permainan seperti biasa.

Advertisements

Tekanan yang diberikan ke atas pertahanan pasukan Terengganu II membuahkan hasil apabila beliau terus menghukum kealpaan lawan yang hilang penguasaan bola.

Beliau dengan begitu tenang mengawal bola sebelum melepaskan satu rembatan kencang untuk meletakkan Kelantan di hadapan seawal minit ke-4.

Perjuangan Nurshamil jelas banyak membantu jentera serangan Kelantan termasuklah dalam usaha mendapatkan gol kedua namun khidmat beliaunl terpaksa dilupakan oleh Rezal Zambery Yahya.

Advertisements

Beliau dilihat terpaksa diusung keluar pada babak pertama permainan dan dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata di Kota Bharu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram