Kisah Kebangkitan Saat Akhir Julang Malaysia Di Kejohanan AFF B-15
Trivia
Photo: The-AFC.com
Advertisements

Dua tahun lalu, tanggal 3 Ogos 2019 adalah antara hari terbaik buat penyokong bola sepak Malaysia.

Pasukan Bawah-15 Kebangsaan menjulang nama bola sepak negara selepas berjaya menumpaskan Thailand dengan jaringan 2-1 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Kampus Institiut Pendidikan Jasmani Chonburi, Thailand.

Kenangan dua tahun lalu yang pasti tidak dapat dilupakan penyokong bola sepak di Malaysia. Ia terlalu manis untuk dikenang.

Advertisements

Perjalanan mara ke perlawanan akhir juga bukan mudah namun skuad muda negara berjaya menempuhi segala halangan yang dilalui.

Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan Thailand terlebih dahulu di hadapan apabila sepakan sudut yang diperoleh pasukan lawan gagal ditumbuk keluar dengan kemas oleh penjaga gol Malaysia lalu meninggalkan situasi terpinga-pinga kepada barisan pertahanan negara. Satu tandukan berjaya dilakukan oleh Theekawin Chansri pada minit ke-16.

Bersambung babak kedua, Malaysia mempamerkan aksi kebangkitan luar biasa melalui gerakan-gerakan pantas untuk menembusi barisan pertahanan pasukan lawan. Hasilnya, gol yang dinanti-nantikan oleh pasukan negara tiba apabila Izrin Ibrahim berjaya membuat satu larian solo untuk melepasi kawalan 3 pemain Thailand sebelum berjaya melakukan satu rembatan kencang dari jauh bagi gol penyamaan pasukan negara pada minit ke-69.

Advertisements

Malaysia terus bersemangat menekan pasukan lawan yang sedikit hilang fokus selepas gol penyamaan dijaringkan. Nasib ternyata menyebelahi pasukan negara apabila pada minit-minit akhir perlawanan, Malaysia dihadiahkan sepakan penjuru yang dimafaatkan sepenuhnya apabila sepakan cantik itu berjaya disudahkan oleh Nabil Qayyum menerusi satu tandukan cantik ke penjuru kanan gawang Thailand.

Kemenangan itu sekaligus menjadi kejayaan pertama buat jurulatih bawah-15 negara, P. Maniam ketika menjawat jawatan tersebut.

Rata-rata pemain muda ini bakal mewakili negara untuk Kelayakan Piala Asia bawah 21 tahun kelak dan mereka juga merupakan harapan negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris, 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram