Kebergantungan Tinggi Harimau Malaya Terhadap Corbin Ong Amat Merisaukan
Blog
FA Malaysia
Advertisements

Kelibat pemain pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’Vere Corbin-Ong membarisi skuad Harimau Malaya sangat dinantikan oleh para penyokong bola sepak negara. Mana tidaknya, persembahan yang ditampilkan beliau sangat meyakinkan dan dilihat beraksi dengan sepenuh jiwa demi negara Malaysia.

Sehingga kini, Corbin telah mengumpul 10 penampilan bersama skuad kebangsaan dan berjaya mencetak satu gol. Gol yang dijaringkan adalah ketika perlawanan Malaysia bertemu Timor Leste tiga tahun lepas. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia menang besar 7-1.

Bakal menginjak ke umur 31 tahun pada tahun ini, tidak mustahil kudrat beliau akan terus digunapakai untuk beberapa tahun lagi. Corbin sangat sinonim dengan lontaran jauh yang terus ke kotak penalti lawan. Selain bertahan dengan baik, beliau juga rajin membantu menggerakkan serangan dari bahagian kiri.

Advertisements

Selepas menampilkan aksi yang baik ketika diturunkan, tidak kira di peringkat kelab mahupun antarabangsa, Corbin kini menjadi pemain Malaysia paling mahal beraksi di Liga Super dengan nilai pasaran berharga RM 1.7 juta.

Namun sedikit kerisauan melanda kerana kita kini ketandusan pemain pertahanan kiri berkualiti yang mampu menjadi ‘backup’ sekiranya khidmat Corbin tidak dapat digunakan dalam perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

Di bawah kendalian Kim Pan-gon, skuad negara membawa Corbin bersama seorang lagi pertahanan kiri iaitu Khair Jones yang beraksi untuk Negeri Sembilan FC bagi menghadapi siri perlawanan antarabangsa di Singapura tempoh hari.

Advertisements

Namun aksi Khair Jones tidak dapat dilihat dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya apabila Pan-gon hanya menyenaraikan pemain ini untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan tertutup menentang kelab Singapura, Albirex Niigata.

Pan-gon masih mempunyai masa 2 bulan lagi untuk mencari pemain yang mampu menjadi pertahanan kiri Harimau Malaya dan mungkin bakal dibawa ke Kelayakan Piala Asia pada Jun nanti. Selain Khair Jones, tumpuan pastinya terarah kepada beberapa nama popular seperti Arif Fadzilah (Terengganu FC), Azwan Aripin (Sri Pahang) atau Nazirul Naim (Sabah FC).

Dengan kepakaran kejurulatihan yang dimiliki, pastinya beliau mampu mencari pemain-pemain pertahanan kiri terbaik untuk menjadi ‘backup’ ataupun pemain tersebut mampu menjadi lebih baik dari Corbin Ong.

Advertisements

Seperti yang diketahui, sasaran utama Pan-gon adalah untuk melayakkan Malaysia ke Piala Asia tahun hadapan. Jadi tempoh 2 bulan yang ada ini perlu digunakan sebaiknya dalam mencari pemain-pemain yang berkualiti untuk membawa nama Malaysia kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram