Kebijaksanaan Para Pemain Malaysia B-15 Dipuji Negara Eropah
Dunia
NFDP Official
Advertisements

Skuad Malaysia Bawah 15 Tahun (B-15) negara telah menyertai Pertandingan Pembangunan UEFA B-15 di Macedonia Utara dan penyertaan mereka boleh dianggap satu pendedahan yang baik.

Malaysia telah melalui dua perlawanan iaitu menentang Kosovo dan pasukan tuan rumah, Macedonia Utara. Pada aksi pertama menentang Kosovo, skuad negara tewas melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2.

Pada perlawanan kedua pula, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Macedonia Utara melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Advertisements

Malaysia dijadualkan akan berdepan Armenia dalam satu lagi perlawanan yang akan berlangsung pada hari ini (10 September).

Melalui tinjauan di laman twitter NFDP Official, ternyata pasukan negara sentiasa memberikan persembahan terbaik dalam dua perlawanan tersebut.

Selain itu, kebijaksanaan para pemain muda negara itu sering dipuji oleh negara-negara bertanding. Mereka memuji cara permainan skuad negara, kebijaksanaan oara pemain dalam membuat keputusan di padang, sikap yang positif dan mempunyai semangat berpasukan yang baik.

Advertisements

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam masa yang sama berhasrat untuk merapatkan jurang mutu permainan dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia dan Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram