Kecederaan Mengejut Khuzaimi Piee Bukti Pemain “Bukan Mesin”
Blog
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kecederaan mengejut Khuzaimi Piee semasa perlawanan Malaysia menentang Myanmar di Yangon mengejutkan penyokong bola sepak Malaysia.

Siapa sangka, tunjang utama pasukan yang cukup penting dan cemerlang mengalami kecederaan dalam perlawanan pertama Malaysia di Piala AFF ketika sedang membuang bola dalam satu situasi kelam kabut berdekatan gawang Malaysia.

Kecederaannya juga membimbangkan dan kelihatan serius dan beliau merupakan tunjang utama Malaysia sekaligus memberikan ‘amaran awal’ tentang risiko untuk kejohanan seperti Piala AFF.

Advertisements

Piala AFF bersifat ‘semi-karnival’ dengan jarak perlawanan yang singkat malah ianya lebih teruk kerana para pemain perlu berpindah randah untuk setiap perlawanan. Tiada venue tunggal dan tiada pengurusan logistik yang benar-benar sistematik yang akhirnya akan memberikan impak keletihan melampau kepada pemain terlibat.

Piala AFF yang pada asalnya diperbincangkan di media sosial untuk menjadi medan Kim Pan-gon menguji para pemain muda dan baharu akhirnya menjadi satu medan untuk “menjulang piala” yang boleh memberikan risiko lebih teruk kepada para pemain.

Risiko kecederaan lain sebenarnya turut merisaukan untuk perlawanan seterusnya iaitu menentang Laos, Vietnam dan Singapura. Ia belum tamat.

Advertisements

Terma “pemain bukan mesin” dijadikan kata-kata lawak oleh segelintir penyokong bola sepak Malaysia sehinggakan ianya diratib tanpa henti di media sosial.

Penutupnya, pemain bukanlah mesin. Semua pihak wajar merangka pelan jangkamasa panjang untuk Malaysia benar-benar bersedia di Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram