Kecederaan Pedri Buat Barcelona Lebih Tertekan
Eropah
FCBarcelona.com
Advertisements

Bintang muda Barcelona, Pedri Gonzalez difahamkan telah mengalami kecederaan sejurus selepas tamat perlawanan menentang Bayern Munich dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). 

Menurut laman web rasmi Barcelona, Pedri telah disahkan mengalami kecederaan di bahagian otot paha kirinya selepas beraksi sepanjang 90 minit permainan dalam kesebelasan utama menentang Bayern Munich baru-baru ini. 

Meskipun cuti rehat telah diberikan kepada beliau selepas kempen Olimpik sebelum ini, ia masih belum cukup untuk membantu mengekalkan tahap kecergasan fizikalnya di dalam padang. 

Advertisements

Dalam pada itu, situasi ini menambah kerisauan buat jurulatih Barcelona, Ronald Koeman setelah ramai pemain utamanya yang sedang mengalami kecederaan jangka masa panjang seperti Sergino Dest, Martin Braithwaite dan Sergio Aguero dan kini yang terbaharu Jordi Alba sekaligus bakal terlepas khidmat tunjang utama pasukan.  

Pemain berusia 18 tahun itu sebelum ini telah membuat penampilan sebanyak 73 perlawanan dalam semua pertandingan buat pasukan The Catalan dan pasukan negaranya Sepanyol.  

Pemain muda kelahiran Sepanyol itu dikatakan bakal direhatkan sekurang-kurangnya dua ke tiga minggu bagi memastikan kecederaan yang dialaminya seratus peratus pulih sebelum kembali ke latihan. 

Advertisements

Hal ini menyebabkan pasukan Barcelona bakal kehilangan khidmatnya untuk mengemudi jentera tengah untuk meneruskan perjuangan dalam saingan La Liga bertemu pasukan Granada pada pagi isnin nanti. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram