Kecederaan Van Dijk Hampir Buat Penyokong Liverpool Gusar
EPL
MakanBola
The Guardian by Peter De Jong/AP
Advertisements

Keadaan yang merisaukan buat penyokong Liverpool ketika Virgil Van Dijk memegang pergelangan kaki kanannya ketika aksi kelayakan Piala Dunia di Amsterdam. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Belanda dengan keputusan 6-1. 

Situasi itu berlaku apabila pertembungan di antara Van Dijk dengan penyerang Turki pada saat-saat akhir selepas penjaga gol Belanda, Justin Bijlow gagal melakukan hantaran kemas kepadanya.  

Advertisements

Perkara tersebut mengakibatkan jaringan gol tunggal yang dihasilkan pemain Turki, Cengiz Under pada 2 minit masa tambahan sebelum tamat permainan.

Pemain yang berusia 30 tahun itu bangkit daripada kecederaan ketika wisel penamat akan tetapi tampak lemah di luar padang yang sekaligus mungkin menjadi perhatian buat penyokong Liverpool setelah pemain Belanda itu menjadi kehilangan sebahagian besar musim lalu kerana kecederaan lutut yang dialaminya.

Advertisements

Namun, penyokong Liverpool boleh menarik nafas lega kerana Van Dijk sudah mengatakan bahawa beliau merasa baik-baik sahaja ketika di wawancara selepas tamat perlawanan. 

Beliau berkata kepada wartawan: “Saya baik-baik saja dan dapat mengatasinya. Mungkin kerana fizikal saya yang sangat besar, mereka menganggap saya berlakon”

Advertisements

Ini adalah berita baik bagi Liverpool yang akan menghadapi Leeds di Elland Road pada hari Ahad ini selepas tamatnya rehat perlawanan antarabangsa.

News Comments Account