Advertisement
Kedah Hangatkan Liga Malaysia Dengan Penjenamaan Baharu
Dunia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah terus melaksanakan pelbagai transformasi bagi menjadikan pasukan itu lebih ke hadapan. Terbaru, pengurusan skuad Kenari telah menjenamakan semula nama pasukan yang bertanding di Liga Super, Liga Simpanan, Piala Presiden dan Piala Belia.

Kedah bakal menggunakan nama Kedah untuk Liga Super. Sementara Kedah B, Kedah C dan Kedah D pula akan beraksi di Liga Simpanan, Liga Simpanan, Piala Presiden dan Piala Belia.

Sebagai langkah penjenamaan, gelaran Kenari juga terpakai kepada skuad utama, Liga Simpanan, Piala Presiden dan Piala Belia.

Skuad senior yang dibimbing Nafuzi Zain akan dikenali sebagai Sang Kenari. Sementara skuad Liga Simpanan, Piala Presiden dan Piala Belia pula dikenali dengan Sang Kenari B, Sang Kenari C dan Sang Kenari D.

Penggunaan nama ini bukan sekadar bersifat klasik tetapi menjadikan Kedah lebih menonjol dari segi komersial. Selain itu, ini menjadikan pengurusan pasukan lebih sistematik dari segi pengurusan pemain.