Kedah Idam Tamatkan Rekod Tanpa Kalah JDT?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Super yang bakal menemukan dua pasukan terhangat musim ini iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya bakal menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air.

Walaupun kedua-dua pasukan dibezakan agak jauh dari segi perkiraan mata, namun perang media sosial melibatkan presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor dan pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim seringkali menghangatkan suasana liga musim ini.

KDA FC dalam satu muat naik di laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa sebanyak 3666 keping tiket telah terjual secara dalam talian dan mereka memberi bayangan kehadiran ke Stadium Darul Aman malam esok bakal jadi yang tertinggi pernah dicatatkan mereka musim ini.

Advertisements

Dalam masa yang sama, KDA FC juga turut menyuarakan kemungkinan bahawa skuad Sang Kenari bakal menamatkan rekod bersih tanpa kalah JDT dalam saingan Liga Super musim ini.

Namun begitu, KDA FC perlu bangkit segera selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) tempoh hari. Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak juga berharap para pemain KDA FC akan menampilan persembahan seratus peratus menentang JDT esok.

Manakala bagi JDT, walaupun sudah menoktahkan kejuaraan Liga Super musim ini, para pemain JDT telah mensasarkan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. Pada musim lalu, mereka gagal melakukan sedemikian apabila tewas di tangan Terengganu FC di laman sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram