Kedah Mahu Lunas Dendam Terhadap Selangor
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kekalahan 1-4 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super April lalu pasti mahu dilupakan oleh pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjelang aksi yang menemukan kedua-dua pasukan ini di Stadium Darul Aman malam esok.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak menjelaskan bahawa mereka kini hanya memfokuskan untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan malam esok selepas menang dalam dua perlawanan terdahulu menenang Melaka United dan Penang FC.

“Fokus kami adalah untuk meneruskan momentum kemenangan seperti yang dicapai dalam dua perlawanan lalu, dan saya berharap kami dapat mengutip tiga mata lagi.

Advertisements

“Jadi, kami perlu memanfaatkan sepenuhnya setiap kelebihan yang ada bagi memastikan rekod kami tidak lagi tercalar di laman sendiri selepas hanya tewas kepada Melaka United Mei lalu.

“Pemain perlu lebih fokus di benteng pertahanan dan terus memperkemaskan jentera serangan untuk menghasilkan gol pada perlawanan ini,” katanya kepada BH Sukan.

Dalam pada itu, Aidil mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan barisan penyerang Selangor yang mempunyai kelajuan dan mampu memberi masalah kepada pasukannya,

Advertisements

“Selangor memiliki kreativiti serangan yang bagus di mana mereka memiliki penyerang yang laju dan boleh memberi ancaman buat kami. Kami perlu bersiap sedia dan tidak leka bagi mengelak dihukum ketika berdepan lawan itu,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram