“Kedah Mampu Jadi Juara Musim Ini” – Syukor Majid
Dunia
Syukor Majid
Advertisements

Sidang media Kedah hari ini bukan saja mengumumkan program pra-musim di Turkiye yang bakal ditempuh anak-anak buah Nafuzi Zain. Malah, ia juga medan memperkenal rakan-rakan penaja skuad Kenari musim ini termasuk francais Syukor Burger milik usahawan muda Syukor Majid.

Bagi pemilik francais itu, dengan menjadi penaja pasukan yang berpangkalan di utara tanah air itu, ia dianggap manifestasi kecintaannya kepada dunia bola sepak.

Tambahnya dalam satu hantaran di Facebook, kerjasama dengan pasukan Kedah bersifat menang-menang dan mampu melonjakkan nama kedua-duanya ke tahap lebih tinggi.

Advertisements

“Alhamdulillah, Syukor Burger menjadi penaja rasmi Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi musim 2023. Semoga usahasama ini mampu memberi impak positif pada kedua-dua belah pihak,” tulis Syukor dalam hantarannya itu.

Dalam sidang media hari ini, pemilik Kedah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mendedahkan Syukor Burger sebagai sebahagian daripada enam rakan penaja pasukan musim ini.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengusahakan satu projek usahasama dalam sektor makanan dan minuman (F&B)

Advertisements

Menerusi projek ini, ini bukan saja menjadikan Kedah sebagai kelab bola sepak pertama di Malaysia yang memiliki lori makanan. Tetapi pada masa sama, turut membantu skuad Kenari mewujudkan pendapatan baru melalui sektor berkenaan.

“Syukor Burger bersetuju menaja keseluruhan RM50,000 berbentuk tunai dan barangan, di samping menawarkan pengalaman baru buat semua penyokong yang hadir sepanjang musim ini di Stadium Darul Aman melalui projek usahasama di musim 2023.

“Dengan tawaran pakej makanan dan minuman keluaran Syukor Burger, penyokong akan menikmati kelazatan burger stadium sebenar.

Advertisements

“Dan Kedah FC adalah rakan niaga seumpamanya dan food truck (lori makanan) bola sepak pertama di Malaysia

“Ini merupakan langkah pertama sebenarnya dalam mewujudkan sektor F&B di Kedah FC dan cabang perniagaan ini adalah antara sumbangan terbesar kelab selain penjualan tiket perlawanan,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram