Kedah Manfaat ‘Ubi Muda’ Musim Hadapan
Dunia
kedahdarulamanfc
Advertisements

Naib Juara Liga Super musim 2021, Kedah bakal beri peluang kepada pemain muda bagi menghadapi saingan liga musim hadapan. Pasukan Kedah sah mengikat khidmat lima pemain muda yang sebelum ini telah beraksi bersama skuad Piala Presiden Kedah.

Memaklumkan antara bekas pemain Piala Presiden yang akan menyarung jersi hijau kuning musim hadapan adalah Afeeq Iqmal (Penyerang) dan Fikhri Zulkiflee (pemain tengah) bersama tiga pemain pertahanan iaitu Kamil Akmal, Heshamudin Ahmad dan Fareez Amirul Fadzil.

Menurut kenyataan daripada jurulatih Kedah, Aidil Shahrin, beliau sudah mengikuti rapat perkembangan pemain-pemain yang dipilih sejak musim lepas. Beliau bpercaya akan kualiti yang ada barisan pemain muda ini untuk memperkuatkan skuad Hijau Kuning musim hadapan.

Advertisements

“Saya sudah melihat kesungguhan mereka sejak musim lalu dan saya yakin mereka akan berusaha gigih bersama beberapa pemain muda lain yang sudah bersama pasukan pada musim ini demi mencari kejayaan untuk Kedah pada musim depan.

Mengulas lanjut, Aidil minta barisan pemain muda yang dipilih untuk sentiasa meningkatkan tahap mentaliti yang tinggi untuk terus berjuang dalam karier bola sepak. Beliau turut menegaskan bahawa untuk konsisten dalam meningkatkan tahap kecergasan bagi memastikan tempat dalam pasukan.

“Apa yang mereka perlukan adalah bersedia meningkatkan tahap kecergasan tinggi dan tampil dengan mentaliti tepat untuk memajukan diri dalam karier bola sepak,” kata Aidil kepada Berita Harian.

Advertisements

“Mereka perlu tingkatkan tahap kecergasan ke tahap terbaik dan bersedia bersaing bagi memastikan tempat dalam pasukan seperti pernah dilalui Fadzrul Daniel dan Fayadh Zulkifli sebelum ini,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram