Kedah Nafi Gaji Tertunggak, Isu Tunggakan Gaji Adalah Cerita Lama
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Baru-baru ini telah tular satu komen yang telah ditulis oleh bekas pengendali pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak berkenaan dugaan yang melanda pasukan Kedah ketika di bawah kendaliannya.

Kenyataan Aidil mengenai tunggakan 5 bulan gaji itu adalah satu cerita lama dan perkara itu disahkan sendiri oleh KDA FC dalam satu kenyataan media yang dikongsikan sebentar tadi.

Difahamkan komen yang ditinggalkan Aidil itu disalah ertikan kerana ramai menganggap tunggakan itu berlaku pada musim ini sedangkan ianya berlaku pada tahun 2020 ketika wabak COVID-19 melanda dunia.

Advertisements

“KDA FC menafikan sekeras-kerasnya sejak penubuhan KDA FC pada tahun 2021, kelab pada mana-mana tempoh menghadapi isu tunggakan gaji sehingga 5 bulan. Tiada tunggakan gaji kepada pasukan hingga ke hari ini.

“Namun, fakta sebenarnya adalah pada musim 2020 apabila wabak COVID-19 melanda dunia, semua pasukan Liga Malaysia terkesan akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dimana telah menjejaskan penajaan kelab. Ketika itu, pasukan Kedah dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman mengalami isu tunggakan gaji selama 5 bulan dan telah diselesaikan oleh pengurusan ketika itu.

“Kenyataan pihak-pihak tertentu yang mengatakan KDA FC menghadapi isu tunggakan gaji sehingga 5 bulan adalah satu kenyataan fitnah dan KDA FC menyarankan agar semua pihak membuat semakan fakta sebelum mengeluarkan kenyataan tidak benar,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali.

Advertisements

Selepas pemergian Aidil, skuad Kedah kini berada di bawah kendalian Victor Andrag yang bertindak sebagai ketua jurulatih sementara (interim) bagi baki saingan Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram