Kedah Ni Dah Bersedia Ke Belum Nak Main Piala AFC?
Blog
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Seperti yang kita ketahui, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) akan membawa nama Malaysia beraksi di pentas Piala AFC Jun nanti bersama-sama satu lagi kelab Liga Super, Kuala Lumpur City (KL City).

Namun melihat dari segi prestasi semasa pasukan KDAFC, ternyata banyak kerja rumah perlu dilakukan untuk menambah baik pasukan selepas melihat pasukan ini mempamerkan aksi yo-yo dalam saingan Liga Super.

Persoalannya kini adalah adakah KDAFC sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan berprestij Piala AFC yang akan berlangsung tidak lama lagi?

Advertisements

Pasukan gergasi dari utara semenanjung ini bukanlah pasukan yang biasa-biasa walaupun mereka kehilangan tonggak utama pasukan seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali musim ini.

Namun begitu, prestasi mereka musim ini sangat merisaukan walaupun kini mereka berada di tangga ketiga Liga Super. Sehingga kini, KDAFC sudah melalui 6 perlawanan liga dan mereka sudah dibolosi 11 gol.

Rekod bolos 11 gol ini menjadikan mereka pasukan kedua yang paling banyak bolos selepas Sarawak United (12 gol bolos).

Advertisements

Lebih merisaukan, dalam 3 perlawanan terakhir KDAFC, gawang pasukan mereka mudah dibolosi selepas dibolosi sebanyak 9 gol.

Mungkin pengendali pasukan KDAFC, Aidil Shahrin Sahak mempunyai cara tersendiri untuk memperbaiki prestasi pasukan yang dilihat tidak konsisten sejak kebelakangan ini. KDAFC bakal berlepas ke Bali pada Jun nanti untuk membawa nama Malaysia beraksi di pentas Piala AFC.

KDAFC berada dalam kumpulan G bersama-sama tiga lagi kelab lain, Bali United (Indonesia) selaku tuan rumah, Kaya FC (Filipina) dan Visakha FC (Kemboja). Semoga KDAFC berjaya mencipta sesuatu di kejohanan tersebut demi nama Malaysia tercinta.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram