Advertising
Kedah & Sri Pahang Bakal Tinggalkan Liga Malaysia
MakanBola
KDAFC/SPFC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang FC dijangka tidak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan.

Perkara ini didedahkan sendiri DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor apabila ditanya tentang situasi semasa bola sepak negara.

Ad

Baginda memaklumkan kedua-dua pasukan terpaksa melupakan Liga M musim hadapan susulan isu luar padang yang timbul pada musim 2024/25.

Ad

“Saya terpaksa cakap selamat tinggal kepada sahabat saya, bapa saudara saya Tengku Muda dan kepada pasukan legenda yang banyak sejarah macam Pahang. Kerana tahun depan Pahang tiada lagi.

“Bubar terus pasal ada masalah dalam Pahang. Jadi, bagi kita ini berita sedih. Macam Kedah, satu lagi pasukan bersejarah pun tiada pada tahun depan,” katanya dalam sesi soal jawab bersama penyokong di JDT Cafeteria.

Ad

Berita ini dilihat khabar sedih buat peminat bola sepak negara. Ini kerana kedua-dua pasukan banyak mencorak pelbagai babak menarik dalam arena bola sepak Malaysia.

Ad

Tunku Ismail mengakui merasa sedih bila mengetahui perkhabaran tersebut. Atas sebab itu, baginda berharap kedua-dua pasukan dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

Ad

“Saya sedih mereka tiada lagi. Dan saya harap mereka akan cari jalan untuk selesaikan masalah tersebut,” ujarnya.

Sri Pahang bakal menjadi lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Unifi Piala Malaysia musim 2024/25.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments