Dunia
Advertisements

Perlawanan play-off di antara Kedah dan FC Seoul semalam telah menyaksikan Kedah tewas 4-1 kepada wakil kelab Korea Selatan itu. Sekaligus gagal untuk menempatkan Kedah ke dalam peringkat kumpulan bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Meskipun tewas, Kedah tetap berjaya menyumbang mata ranking kepada Malaysia kerana telah berjaya ke peringkat play-off kedua. Skuad Lang Merah tetap memperolehi 0.3 mata walaupun tidak mendapat tambahan bonus mata disebabkan kekalahan semalam.

Untuk pengetahuan, 0.3 mata dalam MA ranking AFC adalah untuk menang dan tambahan 0.3 mata bonus bagi layak peringkat seterusnya serta 1.5 mata untuk seri.

Advertisements

Setakat ini, Malaysia berada di tangga ke 18 dalam MA Ranking AFC. Thailand paling mendahului MA Ranking AFC bagi Asia Tenggara dan diikuti Filipina dan juga Vietnam serta kemudian Malaysia.

AFC Ranking Kedah Tetap Sumbang Mata Ranking Buat Malaysia
Malaysia berada di tangga ke 18 Ranking Kelab AFC

Adalah penting MA Ranking AFC ini kerana ianya adalah membolehkan bilangan wakil dari Malaysia untuk ditempatkan di pertandingan utama kelab Asia ini. Jika mata ranking Malaysia makin naik maka terdapat peluang besar untuk menambahkan wakil Malaysia di pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Terdahulu, Kedah yang mengunjungi FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul semalam telah ketinggalan pada minit ke-39 hasil sepakan penalti pemain FC Seoul, Park Chu-Young untuk gol pertama FC Seoul. Bersambung babak kedua, gol kedua pula menyusul menerusi Park Dong Jin pada minit ke 49. Kedah berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-1 hasil jaringan sendiri pemain FC Seoul, Osmar, pada minit ke 52.

Advertisements

Kemudian dua gol berjaya ditambah oleh wakil Korea Selatan itu pada minit ke-63 dan minit ke-90 masa tambahan masing-masing menerusi jaringan Osmar dan Ikram Alibaev. Kedah turut tempang apabila seorang pemain, Renan Alvas, di buang padang pada minit 37 dan sekaligus merencatkan permainan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram