Kedah Tidak Menyangka Akan Pulangkan Syafiq Ahmad Ke JDT Lebih Awal
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menganggap kehilangan Syafiq Ahmad yang dipulangkan semula ke kelab asal beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai satu cabaran biasa dalam bola sepak.

Skuad Sang Kenari tidak mahu mengambil serius kehilangan tonggak utama Kedah itu sebagai satu isu yang besar walaupun mengakui terkejut di saat pasukan KDA FC mengalami masalah berkaitan prestasi pasukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali, pihaknya mengesahkan sudah menerima surat rasmi daripada pihak JDT yang memaklumkan berita berkaitan penamatan pinjaman pemain berkenaan pada Jumaat.

Advertisements

“Pihak KDA FC sudah menerima surat rasmi berkenaan dan perkara penamatan pinjaman ini memang sesuatu tidak kami duga di saat kami sedang menempuh dugaan berkaitan prestasi pasukan.

“Namun mengikut klausa ditetapkan, pihak KFA FC perlu menyerahkan pemain yang dipinjam kepada pasukan asal sebaik tamat pinjaman atau pada bila-bila masa sekiranya dikehendaki oleh pasukan asal

“Jadi dalam menghadapi situasi ini, kami harus terus tabah menerima keadaan dan melihat ke depan bagi mencongak peluang baharu bagi menampung pemain yang akan kembali ke pasukan asal,” katanya.

Advertisements

Walaupun kehilangan khidmat Syafiq yang dianggap tonggak utama pasukan KDA FC musim ini, namun pihaknya kini sedang berusaha mencari calon pengganti yang sesuai untuk menguatkan lagi pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia dan Piala AFC yang dijadualkan Jun depan.

“Kami tidak mahu isu ini menambah kesukaran pasukan dan oleh itu saya serahkan kepada ketua jurulatih untuk membuat pilihan sewajarnya mendapatkan pemain bersesuaian.

“Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan semoga usaha kami seterusnya akan membuahkan kejayaan seperti semua pihak harapkan pada masa depan.

Advertisements

“InsyaAllah kami akan tetap berusaha dengan kemampuan yang ada bagi memastikan KDA FC mampu beri saingan bagi menempuh saingan Liga Malaysia musim ini dan juga Piala AFC yang akan bermula pada Jun depan,” katanya kepada Arena Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram